Saturday, October 19, 2019

Pergerakan Bas Kiffah

ASSALAMMUALAIKUM DAN HAI EVERYONE 👋


Baiklah, pada entri ini saya akan menceritakan mengenai pergerakan/ laluan bas kiffah didalam UKM.

LALUAN BAS DALAM UKM


Terdapat 3 ZON semuanya, iaitu ZON 2, ZON 3 DAN ZON 6.  Dalam gambar diatas, zon 6  terbahagi kepada dua dimana zon 6 dan zon 6Z. Kedua-dua ,itu hampir sama sahaja. 
Jika diperhatikan tidak semua kolej atau fakulti, setiap bas akan lalui. 
Dimana ZON 2, tidak akan lalu/ berhenti di Kolej Keris Mas (KKM). Bagi ZON 3 pula, bas ini tidak akan lalu/ berhenti di Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Sebagai info tambahan, hanya ZON 2 & 3 sahaja yang akan bergerak didalam kampus/ kawasan UKM manakala ZON 6 akan bergerak keluar, maksud saya bas ini akan membawa kita ke luar dari kawasan UKM. Bagi mereka yang ingin keluar atau balik kampung, atau dalam erti kata lain ingin pergi ke ktm akan menaiki zon ini. 
INI ADALAH PANDANGAN DARI MAP , LOKASI UKM DAN PETA KAMPUS


Baiklah, seterusnya disini saya ingin membawa satu berita gembira kepada semua warga UKM terutamanya mahasiswa yang kerap menggunakan perkhidmatan bas UKM untuk bergerak dalam sekitar kampus ataupun luar. Ini mengenai suatu aplikasi. Saya yakin ramai antara mahasiswa yang masih belum tahu mengenai aplikasi ini. Aplikasi yang saya maksudkan ialah APLIKASI BAS KITA. Kini, semua mahasiswa boleh mengetahui jadual perjalanan bas hanya semudah dihujung jari. Kita semua patut mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Fakulti Teknologi & Sains Maklumat kerana berjaya mencipta sebuah aplikasi yang memudahkan semua warga UKM. 
DALAM APLIKASI BASKITA, KITA DAPAT MENEMUI BEBERAPA FUNGSI YANG MENARIK.ANTARANYA IALAH MELIHAT PERGERAKAN BAS, MENGANGGAR MASA KETIBAAN BAS, MEMBERI MAKLUMAT PENTING ATAU TEMPAT MENARIK SEPANJANG LALUAN BAS DAN DAPAT MENGHITUNG JARAK PERJALANAN BAS DARI TEMPAT PENGGUNA.

Jadi, marilah kita bersama-sama muat turun aplikasi ini dan sebarkan kepada semua rakan mahasiswa anda 👏😙

Sekian daripada saya. Harap maklumat kali ini dapat memberi manfaat kepada semuaa...💝




1 comment:

starting sendu time (;

SAMBUNGAN DARI SEBELUM INI sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya membuka kata...dengan lafaz Assalammualaikum WBT  dan selamat malam...