Friday, October 11, 2019

MMM 19/ 20

ASSALAMMUALAIKUM WBT, SALAM NEGARAKU MALAYSIA DAN SALAM UKM HEBAT....

 Saya mulakan post saya kali ini dengan 4rangkap pantun,

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu persatu, 
Walaupun berlainan bangsa budaya, 
Kerana muhibah hidup bersatu. 

Demikian daripada sorotan pantun yang saya sampaikan, saya ingin menceritakan mengenai Minggu Mesra Mahasiswa intake kami ataupun secara ringkasnya dipanggil MMM 19/ 20. Anda rasa pantun saya itu mengisahkan berkaitan apa ? 
Saya ada mention mengenai 'berlainan bangsa dan bersatu'. Baiklah, hal ini kerana aktiviti sepanjang MMM ini semuanya banyak berkisahkan tentang unitenya kami, saling bekerjasama prihatin dan banyak lagi nilai murni yang dpat saya simpulkan. 
Eventhough, ada antara kami berlainan bangsa, etnik, culture, religion mahupun berlainan jantina sekalipun. Its doesnt matter when you entered kedalam program MMM iniπŸ’•

Saban tahun, UKM akan mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi memperkenalkan kepada pelajar baharu tentang UKM sebelum kami semua memulakan sesi pembelajaran di universiti ini.  Pada tahun ini, MMM ini dijalankan selama 5 hari. Pihak UKM dan kolej telah menyediakan pelbagai aktiviti program yang menarik sepanjang MMM dijalankan. Sepanjang minggu ini, terdapat juga program bersama fakulti mengikut bidang masing-masing dan program 7 domain. Setiap domain dijalankan didalam UKM sendiri dan beberapa tempat berhampiran UKM manakala domain kepimpinan dijalankan di kolej masing-masing. 

Program MMM ini actually, like orentasi tapi bukan mcm orentasi semasa disekolah dulu. Disini, tiada langsung ragging malah dimarahi juga jauh sekali. 
Oh ya, untuk maklumat lanjut, kami telah diguide atau di pantau atau di uruskan oleh abang abang dan kakak kakak pemudah cara (PC) mengikut kolej masing-masing. Pelbagai aktiviti telah diadakan. 

Antara aktiviti yang diadakan ialah sukan antara kolej. Hanya dua sahaja kolej yang melibatkan diri iaitu dua kolej terbesar di UKM. Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za'ba. Banyak permainan yang dipertandingkan termasuklah bola tampar, bola sepak, bola jaring dan banyak lagi. 



Seterusnya, bagi acara penutup MMM 19/ 20 diadakan di dewan besar Kolej Keris Mas dimana didewan itu juga semua aktiviti diadakan. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua dewan besar tersebut adalah court badminton. Kami as student intake degree yang baru ini telah diarahkan untuk memakai baju kebangsaan masing-masing mengikut tema pada malam tersebut iaitu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan. Hal ini kerana, program ini diadakan berdekatan dengan tarikh kemerdekaan kita, 31 Ogos. 
Dan pada malam itu, semua kelihatan sangat cantik bukan sahaja kami tetapi semua pemudah cara kamiπŸ’–πŸ’Ÿ Pada malam tersebut, pelbagai persembahan telah diadakan, antaranya menyanyi, menari membaca sajak dan berlakon. Setiap group dikehendaki menghantar dua kumpulan untuk membuat persembahan. Semua bangsa terlibat dalam penyertaan tersebut. Suka melihat mereka semua berinteraksi & bekerjasama...yang berbangsa cina ada memakai baju kurung dan sari begitu juga dengan bangsa lain. PC juga banyak membantu dalam persediaan persembahan dan ada juga yang sibuk membantu student lain yang tidak terlibat dalam persembahan untuk melakukan cheers group mereka. Baiklah, disini saya ada recordkan persembahan dari group saya (putih)😚


Sebelum itu,terlupa saya bagitau tadi dimana, awal-awal lagi beberapa hari sebelum hari penutup ini kami semua telah dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu merah, biru, putih dan kuning. Dimana semua warna ini adalah berdasarkan warna bendera Kebangsaan kita huhuhu. Saya dari group putih! Sangat meriah pada malam itu dengan ditambah lagi persembahan khas dari semua PC kami....Mereka sangat supporting & baik. 
Nice perfomance from all my PC. i cant sbb rindu sangat moment nihπŸ˜­πŸ’œ

Baiklah itu adalah rentetan rentetan semasa malam penutup Minggu Mesra Mahasiswa kami bagi Kolej Keris Mas. Semua THE BEST !😘 Oleh itu, berakhirlah minggu orentasi kami sebagai student baru diUKM ini. Akhir sekali, kami sekali lagi membuat perang antara kolej dimana ke empat-empat group tersebut berlawan cheers. Ketika moment tersebut juga, saya sudah merasakan rindu semasa suasana PERANG DECTAR. Kerana, semuanya disini bagi saya mendatangkan kenangan yang indah dan ukhwah yang sangat kuat... Pada malam tersebut, semasa kami membuat cheers dengan mengeluarkan suara lagi dengan environment yg agak crowded dan panas erm tapi bagi kami itu tidak mempunyai masalah kerana kami tetap enjoy. Yang lebih terharu, semua akak dan abng PC kami sanggup mengambil a piece of paper atau kotak untuk kipaskan kami.im touched (: seriously mereka semua sangat baik dan selalu bertanya kepada kami sama ada kami semua okay ke tak atau sakit  or anything. Ada juga yang memberikan kami air & ,macam macam lagi kebaikan yang mereka tawarkan kepada kami. Situation ini juga berlaku semasa Perang Dectar.
Last but not least, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MMM ini. especially kepada kesemua PEMUDAH CARA, Kolej Keris Mas πŸ™πŸ™†








No comments:

Post a Comment

starting sendu time (;

SAMBUNGAN DARI SEBELUM INI sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya membuka kata...dengan lafaz Assalammualaikum WBT  dan selamat malam...