uh before that lupa hehe
ASSALAMMUALAIKUM WBT & SELAMAT SEJAHTERA .
'Lihat kampusku yang tenang,
Damainya alam ciptaan tuhan,
Paduan ilmu dan keimanan,
Amal dan jerih digabungkan....
Chorus :
Inilah varsiti kita...
tiba tibakan hahaha sokay jangan pelikk . Buat pengetahuan semua itu adalah lagu Varsiti Kita dimana lagu ini ialah lagu rasmi UKM. Sedap cubalah dengar hehehe 👐 Kolej saya sendiri ada lagunya sendiri tapi erm panjang pulak kalau semuanya nak diberitahu disinikan ..
Baiklah disini saya akan menceritakan serba sedikit mengenai kolej kediaman saya. Saya telah ditempatkan di Kolej Keris Mas. Apa apa pun, first expectation saya like oh dengar nama macam agak bored,tak baik kan ? *mengucap kejap, erm tapi saya bersyukur kerana my bestfriend too yg mana kami berkawan since secondary school lagi dapat kolej yg sama huhuhu adalah jugak kawan 😁but itulah seperti biasa pada mulanya dalam fikiran saya is zero about this kolej. until saya buat research sendiri. Lagipun, nama kolej ini memang agak pelik berbanding kolej yang lain, seperti Kolej Aminudin Baki, Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ungku Omar dan banyak lagilah.
Okay. Nama kolej ini diambil daripada nama seorang tokoh kesusasteraan, Kamaludin Muhammad. Beliau terkenal dengan nama penanya, Keris Mas. Beliau juga merupakan tokoh kesusasteraan pertama yang dianugerahi gelaran Sasterawan Negara pada 26 April 1981.Hebat bukan ? Anak jati kelahiran Bentong, Pahang ini juga banyak kejayaan yang telah beliau peroleh. Tetapi, maaf saya tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut mengenai beliau, kerana ruang post ini tidak menginzinkan saya. Seterusnya, jika anda semua berminat ingin tahu mengenai beliau boleh explore more lagi di pakcik google hehehe.
Dipendekkan cerita, semasa hari pertama iaitu hari pendaftaran kami semua sebagai student degree intake 19/ 20 telah diarahkan untuk berkumpul di dewan gemilang aka DG kerana disitulah semua barang-barang kami dan family members akan dibawa menaiki bas yang disediakan oleh ukm sendiri.Lebih info, jangan taktahu kebanyakan bas diUkm ini telah ditaja oleh Kiffah. Kalau siapa yang pernah berkunjung disini, obviously bas yang lalu akan tertera nama Kiffah di situ👍Apa yang saya cuba sampaikan disini semuanya berkaitan kolej saya tau. I mean perjalanan semasa hari pendaftaran semua, environment dia dan semualah. Kerana lain kolej lain suasananya atau keadaannya.
Saya sampai disana dalam anggaran 11lebih pagi macam tuh. Dan ada dua khemah yang disediakan. Ramai juga abang abang dan kakak kakak yang turut membantu dengan membawa bag menunjukkan jalan dan sebagainya. Orang luar akan mengenali mereka as a sukarelawan juga kerana melihat warna pakaian mereka dengan lengkap memakai pakaian korporat ukm bewarna merah. But, agak kelakar juga kerana barang saya sangatlah banyak sehinggakan semasa sudah sampai dikolej saya terpaksa menggunakan like kereta sorong or troli besar macam tuh untuk mengangkut barang saya sampai diblok pula.Boleh sado masatuh haha💪😆 Oh lupa. Semasa pertama kali menjejakkan kaki di Kolej Keris Mas, terang-terangan dihadapan kolej tersebut terdapat simbolik mereka sendiri iaitu lambang keris. Sangat gahh ! Ini saya titipkan gambar bersama 👏
![]() |
Inilah kerisnya, agak agak kalau digadai laku tak? |
![]() |
Gambar ini diambil dihadapan blok saya👀 |
Kolej ini juga terdapat banyak kedai makan seperti my cafe, tomyam restoran dan lain-lain. Ada juga kedai photostat dan printing jadi mudahlah untuk student mendapatkan perkhidmatan disitu. Kipmart juga ada disini.Saya recommendkan siapa-siapa yang ingin melawat kolej kami boleh singgah di Nasi Ayam Penyet disini. Sangat sedap! Harganya juga berbaloi Rm5. Ayam disitu lagi sedap dari ayam kfc.Tak tipu ini betul tau haa. Trylah hehehe🍴
But, jika ada baik mesti ada buruknyakan. Bukan semua dalam dunia ini perfect. Sama juga seprti kolej ini. Ada sikit buruknya. But still can handlelah. Nak tahu tak apa dia ? Well UKM ini sendiri terkenal dengan hutan simpannya yang menghijau wuuu. Jadi, disebabkan kolej kami ini terletak agak hujung didalam kawasan universiti ini. Kolej kami terdapat banyak monyet 🐵🐵🐵...... sangat banyak. Like sometimes suasananya exactly macam zoo. Cuma zoo ini ada sejenis haiwan shjlah hahaha
Mula-mula dulu saya memang takut, nak lalu or jalan dekat kawasan yg ada monyet tuh memang taklah takckup keberanian lagi😭. Diriku masih lemah hahaha Yelah bayangkan monyet tuh bukan seekor dua tapi berekorekor banyak tau ! Mau takkecut perut. Ada yang datang by group, kalau by group tuh mostly carrying anak mereka sekali. Mencari rezeki agaknya baguslah tuh. Part itu saya pujilah😂Tapi tetap taksuka. Pernah sekali bilik sya diceroboh habes makanan dalam locker air kotak semua bersepah, geram sangat masa tuh haishh sabarjelah
Tetapi sekarang dah ade keberanian nak harungi monyet monyet tuh, cuma kene ada orang lain jalan sekali together kalau tak sampai kesudah tunggu ja monyet tuh pergi hahaha
Dan akhir sekali, lupa saya untuk memberitahu diatas bahawa kolej ini juga mempunyai gim, perpustakaan, perkhidmatan dobi layan diri dan pondok wakaf serta banyak lagi tempat dimana student boleh berehat study & lainlainlah.
Sebelum saya menutup kisah kali ini, ingin saya berkongsi sedikit fakta mengenai Kolej Keris Mas ini. Kolej ini dikaitkan dengan harimau. Itu sya tidak berapa pasti kenapa. Tapi memang banyak lambang disni bertemakan gmba harimau. 🐯Dihadapan setiap blok kami juga ada replika harimau . Saya kurang pasti tujuan utamanya sama ada untuk menghalau monyet atau memang diletakkan disitu as a perhiasan macam yg saya katakan sebentar tadi, kolej kami mengambil watak sang harimau as a role model. But kalau betul untuk tujuan menghalau monyet, taktik itu sama sekali useless sbb tak memberi effect langsung kepada sang monyet errrr...💁😑
Sekadar info tambahan kami menggunakan #bangsakerismas ataupun boleh melawat ig kami iaitu @bangsakerismas
![]() |
Ini gambar yg saya ambil sendiri semasa anak saudara saya cuba mengusik replika tersebut hahaha cute |
Sekadar info tambahan kami menggunakan #bangsakerismas ataupun boleh melawat ig kami iaitu @bangsakerismas
![]() |
Ini adalah logo kolej kami 💙💜 |
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment