Wednesday, October 30, 2019

FIRST OUT FROM UKM

ASSALAMMULAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA


Untuk kali ini, dhila ingin share cerita sedikit heheheh GUESS WHAT? 
huhhh... alright, erm dhila ingin cerita mengenai for the first time dhila & kawankawan keluar dri UKM. Seingat dhila. kali pertama keluar adalah semasa kami semua selesai minggu orentasi MMM huhuhu. Saja untuk explore apa yang ada di bandar Bangi ini. Antara tempat yang common student UKM selalu pergi, adalah IOI CITY MALL, BANGI GATEAWAY  danbanyak lagilah. Untuk kesana, semua dengan grab (; sebab kami first year so we didnt have kereta sob sob 😒
So, nak taknak money juga yang keluar untuk bayar tambang uhuk uhuk....



GAMBAR INI DIAMBIL SEMASA KALI PERTAMA DHILA& YANG LAIN KELUAR BUAT PERTAMA KALI. LOCATION AT IOI CITY MALL πŸ’•

Untuk pengetahuan semua,ke empat-empat kawan dhila itu dah lama kenal hiks heheheh. Yang bajU biru itu adalah amirah, pink cair itu najwa dan yang maroon itu hawa huhuhu. Tiga -tiga ini lagilah hahhaha jangan kata since sek men SMKATP, dhila dah kenal sebab satu sekolah then matrik pun sama lol πŸ˜‚ sehinggalah kami melanjutkan pengajian di peringkat degree di UKM ini.. tetap muka diaorang juga hahhha takpa, orang kata jodoh panjang πŸ‘€πŸ‘―  Dan yang baju orange cair itu fuza. Dhila kenal dia since matrik juga & kami berlima always together ahahahha even fuza itu, kami semua kenal start zaman matrik. Oh lupa, dhila & fuza sekelas semasa matrik hehheh. Okay, nak cerita sikit, actually pada muLanya kami plan untuk pergi Bangi Gateaway sahaja tapi know know ARRIVED di IOI City Mall hahahah. sebab apa? Sebab nak tengok wayang jer πŸ’
Masa tuh, kami tengok cerita 'IT 2' huhuhu. Ticket kami agak lewat  jadi seingat dhilalah kami keluar drpd wayang sekitar maghrib macamtuh... dan terus solat maghrib. Ingat tau awakawak semua, kalau keluar enjoy-enjoy juga, kewajiban kita jangan abaikan tau ☝
Nak dipendekkan cerita, kami pulang ke UKM pun sudah malam kira-kira pkul 9/ 10 malam gitu. Oh, lagi satu sebab abng grab itu very kind with us. Dia sanggup bawa kami jalan explore disekitar bandar Bangi dan bawa kami makan di kedai tomyam before hantar kami pulang ke UKM uhuhuhuuh . Such a nice person right? & kmpung dia pun di Melaka juga hahaha. Tu yg ramah semacam tuh.


INI STOCK MAKANAN YANG ME& MY FRIEND BELI
Ketika ini, weekend kawan dhila ajak keluar untuk beli stock makanan. sebab dia punya dah habes so dhila on ja temankan dia huhuh. Kami decide untuk pergi ke Giant. Stock makanan di gambar itu adalah untuk sebulan tapi.....tak sampai sebulan pun;) baru berapa minggu dah habes hahhaahahh tuh kawan dhilalah, not me πŸ˜€ kebuluq ja sentiasa hahah....manusia manusia ish ish 

Kemudian,pada minggu berikutnya dhila & another 4 lagi kawan dhila (orang yang sama juga haha) ada pergi ke Taman Tasik Cempaka (TTC) untuk melihat kawasan taman tasik tersebut sempena tugasan citra sukarelawan kami. Tetapi, kali ini kami pergi hari biasa bukan weekend. Setelah habes kelas & selesai solat terus kami bergerak untuk pergi ke tasik dengan menaiki grab. Tasik dari UKM ini tidak jauh mana pun, boleh dikatakan dekat. But, still kalau jalan kaki tuh berpeluh mengah jgak tuh. Just for additional info, tasik ini merupakan antara kawasan rekreasi popular dalam kawasan Bangi ini. Setiap pagilah selalu akan dipenuhi dengan orang ramai. Kebanyakannya berasal dari golongan elit. Ada antara mereka lecturer, pegawai atasan, doktor & seangkatan dengannya. Jadi, if you guys nak joging disini, carefull kalau nak tegur someone yang lebih berusia dari kita. Jangan sesuka hati korang panggil makcik, pakcik kaa haaa. toksah cari nahas eh mana tahu yang korang tegur tulah Datuk ka/ Datin. 
INI GAMBAR YANG KAMI SEMPAT AMBIL DISEKITAR KAWASAN BERHAMPIRAN TAMAN TASIK CEMPAKA

OKAY SETAKAT ITU SAHAJA YANG DHILA DAPAT SHARE HEHEHEHπŸ‘
& LAGI SATU KALAU ASYIK KELUAR EVERY WEEKS PUN, HABIS DUIT NANTI + ASSIGNMENT OR KERJA TAKUT DIABAIKAN NANTI. SO, AWAK AWAK SEMUA KENE PANDAI MANAGE MASA YA πŸ˜‡



BAI SEMUA, SEE YOU SOON!





Tuesday, October 29, 2019

#FAMILIFEP (FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN)

                                                                            

                                                                                             Ψ¨ِΨ³ۡΩ…ِ Ω±Ω„Ω„Ω‡ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ۡΩ…َΩ€ٰΩ†ِ Ω±Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…ِ

  ASSALAMMUALAIKUM WBT SEMUA & SALAM SEJAHTERA πŸ’–


INI DHILA BAGI TEASER DULU HUHUHU 😎

 Hai, pada entri kali ini saya akan menceritakan mengenai my beloved faculty! huhuhuuhuh excited tak nak tahu hehehe.... if you guys takrasa excited, i dont wanna care hiksss yang penting dhila dapat sharekan kepada orang ramai. Gambar teaser itu, dhila suka tengok sbb i like to see the scenery dari atas huhu. Okay, baiklah sperti anda semua tahu saya dari Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP). Kepada yang ingin menjadi accoutant, pegawai bank, marketing, pegawai pengurusan dan seangkatan dengannya .....awak semua bolehlah apply nanti untuk check-in UKM. hahahha check-in tau, bukan hotel ja gunaπŸ˜‚ just kidding sory) bahasa yang lebih sesuai - untuk masuk UKM nanti tau heheheh. But before that, wait a sec....

Sebelum dhila teruskan dengan panjang lebar, dhila nak bagitahu program apa yang terdapat dalam fakulti ini. Ada 4 kesemuanya :
1) Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian
2) Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian(BBA)
3) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
4) Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian (nih notsure betuk ke tak nama dia)

Baiklah, itu adalah program yang ditawarkan FEP. Kalau nak tahu lebih detail, boleh search sahaja dilaman web ukm okay huhu. Saya nak highlightkan disini, for your information guyssss~ Program perakaunan hanya boleh diambil oleh student bila masuk second year. 
Thats mean. masa first year you guys kene amik course BBA atau ekonomi dahulu, and bila dah sec year, baru boleh proceed untuk apply perakaunanπŸ‘Œ sampai situ faham kan hehe.
 Nak bagi easy to understand, nanti kalau you guys nak apply untuk degree (UKM) faculty nih, korang pilih ja BBA atau ekonomi okay. 

NEXT, dhila suka fakulti dhila nih lagi satu sebab kedudukan bangunannya yang sangat strategik. Kenapa??  Haa, kerana FEP ini terletak berdekatan dengan Perpustakaan (PTSL), PUSANIKA (yang nih paling penting lah sbb mostly ramai yang ingin kesini) dan KIOSK. Tapi, KIOSK itu tahun dhila sudah tiada lagi sedih kann hm 😒 kerana kiosk dekat sini dahulu sangat popular + havoc.

Sehinggakan ada peminat setia, cakap ja nak makanan apa western, ala kampung, timur tengah semua ada. & 24 hours buka, sentiasa ramai orang. Sekarang, inipun di FEP hanya ada kiosk kecil didalam fakulti lah bukan diluar. Makanan hanya basic untuk sarapan sahja but sokaay. still bersyukur huhu.... bersyukur dhila, jangan demand sangat πŸ˜žπŸ˜† 
Untuk ke library & PUSANIKA itu , tidak perlu menaiki bas hanya berjalan kaki sahaja. 


INILAH FACULTY DHILA MENIMBA ILMU😻 CANTIK KAN? HEHEHE

SELAIN ITU, FEP juga ada menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya & lif. erm then ada juga menyediakan tempat asas seperti surau, perpustakaan, kmart dan banyak lagi.

INILAH LALUAN OKU, YANG DHILA MAKSUDKAN πŸ‘­


 

BAIKLAH INI ADALAH SURAU DI FEP. DHILA ADMIT, MEMANG SURAU INI AGAK LAWA HUHU & ADA AIRCOND JUGAK 😍

Yang penting solat biar khusyuk okiess awakawak semua )) 
jangan khusyuk sebab tidur pula haaa aware dari tuh..nanti lain pula jadi....

LALUAN DISEKITAR KAWASAN DALAM FEP 


INI ADALAH ATRIUM FEP (BERHADAPAN SURAU). SELALU EVENT FEP AKAN DILAKUKAN DISINI. YOU GUYS NAMPAK KAN KIPAS BESAR ATAS TUH? SO, BILA DUDUK BAWAH KIPAS TUH , SEJUK JA RASA NYAMAN HAHA
LALUAN ANTARA BILIK SEMINAR
LALUAN ANTARA BILIK LECTURER
LIF INI TERLETAK DITENGAH- TENGAH DALAM KAWASAN FACULTY INI UNTUK MEMUDAHKAN WARGA FEP MENGGUNAKANNYA . 
Oh lupa, dhila nak cakap yang FEP ini mempunyai 6 tingkat. Tingkat atas sekali terletaknya pejabat Dekan.

 OKAY LAST
DEWAN KULIAH FEP

FEP MEMPUNYAI LIMA BUAH DEWAN KULIAH. SETIAP DEWAN DILENGKAPI DENGAN PELBAGAI FASILITI. SAIZNYA BESAR DAPAT MENAMPUNG LEBIH 100 LEBIH BILANGAN PELAJAR. TERDAPAT JUGA AIRCOND UNTUK MEMBERI KESELESAAN KEPADA SETIAP MAHASISWA DISINI πŸ’˜

KEADAAN DIDALAM DEWAN KULIAH 


OKAY DHILA RASA SETAKAT ITU SAHAJA YANG DHILA DAPAT KONGSIKAN KEPADA SEMUA ;)
HAVE A NICE DAY EVERYONE.

TUTUP SALAM....πŸ‘‹












Saturday, October 26, 2019

IN CLASS

HAPPY DEEPAVALI KEPADA YG MENYAMBUT HEHEHE...πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ


Okay sekarang tengah midsem break huhuh alhamdulillah dapat juga cuti seminggu, so now dah hari ke 2 dhila cuti sem
Disebabkan ada masa yang terluang selepas qada tidur dari tgh hari tadi sampai petang huhuhuuh πŸ™Š di tambah pula hujan turun memang bom meletup pun taksedar kihkih ..... & now dhila nak share kepada awak semua mengenai class dhila/situation in classs haaa gitu
Tapi, bukan semua class yg dhila ambil dhila akan ceritakanlah, hanya sesetengah sahaja

Okay, berdasarkan post sebelum ini dhila ada paparkan jadual kelas kan )
Haa, dhila mengambil 21 jam kredit dimana 6 daripadanya adalah subjek citra & selebihnya adalah subjek wajib fakulti. Baiklah, subjek wajib fakulti yang dhila ambil pada semester satu ini adalah accounting principles, macroecons, statistic, application comp. & last, management. Ke lima-lima subjek ini , location kelas tersebut adalah di fakulti dhila sendiri iaitu ,Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP).
Bagi subjek citra pula, kelas akan diadakan di tempat yang berbeza-beza based on citra itulah. Sebagai contoh, citra seni batik dilakukan di DECTAR & citra sukarelawan khidmat bakti diadakan di Fakulti Sains Dan Sosial Kemanusiaan (FSSK) .
Berbalik semula kepada subjek wajib fakulti, okay disini dhila ingin menerangkan dimana setiap subjek tersebut tidak semestinya dilakukan di dalam dewan kuliah. Kalau macam dhila punya schedule, subjek Accounting & Statistic diajar di dalam bilik seminar manakala subjek Macroecons & Management di ajar di dalam dewan kuliah. Hanya sub application comp. sahaja di ajar didalam lab. (nama pun kelas komputer kan haa )
But macam dhila, dhila lebih prefer if my class dalam bilik seminar sebab keadaan yg tak crowded sngat so kita dpt belajar dalam keadaan selesa  + dapat fokus lebihπŸ˜› Lagi satu, senang if any lecturer yg mengajar tuh untuk sampaikan ilmu mereka kerana student tidak begitu ramai...
Okay dhila ada kepilkan gambar
GAMBAR INI DIAMBIL SEMASA KELAS MAKROEKO. BERTEMPAT DI DEWAN KULIAH 3


Baik seterusnya, pada setiap hari jumaat from 11am until 2pm, kelas saya adalah application comp. , seperti yang dhila terangkan sebelum ini  kelas ini bertempat di lab (FEP). Buat pengetahun semua, kelas aplikasi komputer ini (EPPD1063) mempunyai beberapa assignment . ANTARANYA, adalah INI (BLOG) huhuhu. Kami di tugaskan untuk membuat blog sendiri dengan sekurang-kurangnya 12 post kesemuanya, dimana main headernya ada 4 & dibawah each header tersebut terdapat 3 post.... so 4 times 3 = 12 ...due date dia on weeks 12 hm hahahha,, now sudah minggu yg ke 7 if i not mistakes... doakan dhila dapat completedkan dengan jayanyaaa πŸ’ͺπŸ’“ 

PIC INI DIAMBIL SEMASA KELAS APLIKASI KOMP. SEDANG BERLANGSUNG . P/S- YANG SEDANG BERDIRI LENGKAP BERPAKAIAN HITAM ITU ADALAH LECTURER SAYA HUHUHU DR. FADHILAH MUSTAPHA 



VIDEO INI DIREKOD KETIKA MY LECTURER SEDANG MENERANGKAN KEPADA KAMI CARA" MEMBUAT THESIS 



Dhila nak advice kepada adik-adik semua yg baca my blog, kalau dalam kelas application comp. kena fokus 200% tau sebab once you lost nanti susah kalau ada test or exam nak applykan benda-benda tersebut yelah benda semua guna komputer kan.... hehehe tapi , actually bukan kelas ini sahaja kelas yang lain juga awak semua must pay attention sepnuhnya supaya dapat catch up apa yang di ajar didepan...yelah di universiti ni mana ada lagi yg kisah tentang student , apa yang mereka lakukan hanyalah mengajar di depann, if kita tertinggal haaa... lecturer takkan tanya pun okiesss ) pandaipandai awak, so please jangan mainmain/ berangan ke termenung teringat rumah ke kekasih hatiii ehhhh... 
HA, NO NO DILARANG (toksahh gatai naa) heheheheh

ERMM.. DHILA RASA SETAKAT INI SAHAJA YANG DHILA DAPAT KONGSIKAN KEPADA AWAK SEMUA SORY KALAU AGAK BORED HM I'VE NO IDEA RN HEHEHE... BTW THANKYOU SO MUCH SBB SUDI LAWAT MY BLOG ...DOAKAN DHILA BERJAYA HABESKAN DEGREE DENGAN RESULT CEMERLANG AMINπŸ˜˜πŸ’ž


Sunday, October 20, 2019

degree's life

hai semua... how are you today? hope you guys sentiasa ceria dan dilimpahi rahmat amin😊
assalammualaikum wbt & selamat sejahtera to all of youπŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜ pada peluang kali ini, saya ingin menceritakan serba sedikit about my degree's life huhuhu
semangat tak nak tahu? hehehehe maaflah dhila syok sendiri pulakπŸ’
sajaa just wanna make this entri tend to be happy and no awkward ....

FIRSTLY, dhila ingin intro diri dhila sedikit hehehe supaya lebih mudah difahami untuk diceritakan later. Baiklah, dhila merupakan pelajar tahun 1(degree) sesi 2019/2020 . Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan baru sahaja menamatkan pengajian as a student from Kolej Matrikulasi Melaka huhuhu siapa sini matrik? kita samaa high fiveee!!✋πŸ˜† Dhila mengambil jurusan perakaunan semasa dimatrik dan program pengajian satu tahun (fast track) tuh terus berlepas ke u tuh ahhahah.
Okay, tidak perlu cerita lebih mengenai itu. Dhila akan proceed terus kepada alam u.
 Buat adik-adik semua, kita duduk u memang kene berdikari sendiri tau sbb tiada siapa akan guide kita lagi bukan seperti disekolah meski matrik sekalipun still ada lecturer yang masih ajar kita satu-satu tunjuk ajar semua tuh, but disini totally changed. Lagi-lagi, UKM ini tiada curfew (perintah berkurung) sukahati koranglah nak keluar pkul berapa kemudian masuk balik pkul berapa...memang sangat bebas, no one cares ... itu agak bahaya sebenarnya sbb terlampau bebas kan tapi memang begitu UKM tetapkan. Act, perkara ini mostly banyak dilakukan di uni- uni luar negara sana di Malaysia jarang tapi UKM buat hm so adik-adik saya semua tolong& tolonglah pandai cari + pilih kawan yang elok ya...sekali kita dah terjebak dgn perangai yang tidak elok, susah nanti.. INGAT ! heheheh jangan serius sangat, but ini advice dari saya jangan leka sangat yaaaπŸ‘Œ
 Seterusnyaa, mengenai time management di universiti ini memang agak pack. Keranaa, bukan sahaja kita busy dengan class atau program fakulti tetapi dengan program kolej.Itu belum kira dengan subjek citra lagi, Okay, mengenai dhila sendiri pada tahun pertama degree dhila mengambil 21jam kredit di mana 6 jam kredit daripadanya adalah subjek citra & selebihnya adalah subjek wajib fakulti. Disebabkan dhila Fakulti Ekonomi & Pengurusan, kami telah ditetapkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 6 jam kredit untuk subjek citra. Di UKM, ini kami diwajibkan mengambil subjek citra, CITRA ini dikira sebagai subjek elektif / tambahan seperti citra seni, muzik, silat, pengursan masjid dan banyak lagi. Macam dhila, dhila amik citra seni batik 1, program berimpak dan sukarelawan khidmat bakti. Setiap satu daripada tiga tersebut, mempunyai 2 jam kredit. So, cukup sudah citra saya heheheh sebenarnya saya ada berhasrat untuk mengambil citra bahasa seperti bahasa jepun ka tpi.... hmmm jangan kata asal bukan laman smpweb sahaja terus full ... kesian kan? dan lagi satu suka saya nak annoucekan semasa minggu daftar dan gugur kursus, memang setiap mahasiswa akan sibuk memilih subjek mereka dan mengatur jadual kelas mereka . memang kene berebut tau so korang kene sentiasa alert dan always update dgn  smpweb kalau nak satu subjek tuh sbb kita nih bukan berebut antara kelas yaa adek-adek, ini antara semua mahasiswa dalam UKM ini.. beribu-ribu lah kan, instead kalau kita nak sangat subjek tuh tapi memang takboleh daftar online sebab dah penuh , so kita boleh daftar manual . ( caranya- perlu donwload dan isi borang daftar manual dan serahkan kepada lecturer yang mengajar . kita akan disahkan mengambil kurusus itu if lecturer tuh sign dan mahu terima kitalah if not, so taklah) dan masatuh terpaksalah amalkan konsep redha hahaha ..jadi, disitu kita dah boleh lihat yg kita kene aturkan semua sendiri like kalau dhila, dhila suka kelas pagi so almost kelas yg dhila ambil start from 8am huhuhu , if u guys ada yg suka petang ameklah petang ikut korang dan kemalasan korang jgak hahaha, but actually pagipagi tuh gigih jgak tuh kalau dhila bangun awal hikssss😒 Bagi petang dan malam pula, dhila setup kan untuk kelas citra. 


ini jadual class dhila, so on tuesday dhila memang free tiada class 

Tapi, bukan exactly betul mengikut masa dalam my timetable diatas sebab.... ada juga dhila terlibat dengan sekteriat-sekteriat dikolej, usrah ka dan if ada discussion apa apa.. nampak macam banyak free kan tapi hakikatnyaaa takkkkkk awakawak semua hmmm. but takpa, as long as kita mampu managekan masa kita jangan tak menang tangan pula tau.. ha lagi satu lupa , aktiviti-aktiviti dikolej juga penting tau . adek-adek semua nanti mesti terlibat untuk tambah markah merit supaya dapat stay kolej kalau tak, haaa hangpa fikir sendirilah lagilagi, as a first year student kan ..tapi, diingatkan juga kalau kita ambil sesuatu seketariat tuh, niat kene betul juga jangan ambil tanggungjawab/ amanah tuh semata-mata untuk stay kolej jaa. Tak boleh lah macam tuh takut nanti kerja yang kita buat akan jadi takikhlas..Kalau macam kolej dhila, Kolej Keris Mas, kelab-kelab atau biro ini semua dipanggil sekteriat. Antaranya sekteriat malam gala, kerohanian, HASCUP, INTERFEST, akademik & lain-lain. Ambillah peluang untuk sertai dan setiap sekteriat yang ditawarkan, akan menjalani interview huhuhu .Okay, disini dhila ada selitkan gambar semasa dhila sertai hari interaksi sekteriat kerohanian...

   

Ha, lupa nak cerita disebabkan dhila tak berkesempatan nak mengambil citra bahasa, jadi dhila decide untuk menyertai kelas bahasa mandarin tpi bukan under citra so ada bayran sikitlah dikenakan 30rm , Pengajar nya among chinese student di UKM ini juga heheheh seronok jugalah belajar bahasa mandarin sebab banyak benda yang dhila baru tahu hahahah kesin kan? contohnya kan macam mereka chinese if nak tulis tulisan mereka, ade turutan dia bukan main tulis sahaja ya hahahah macam kita nampakkan tulisan mereka agak complicated .. ada yg bentuk kotak garisan ha then mereka juga ada radikal supaya lebih senang difahami especiially bagi mereka yg bukan chinese lah macam kami semua, mereka explainkan sbb takramai orang faham maksud tulisan cina tuh... dhila tengok pun dah pening hahaha apatah lagi nak fahamkan semua maksud tapi dengan adanya radikal tuh , lebih mudah untuk kenal pasti... okay dhila nak test 1,2,3... hen gao xing ren shi ni(selamat berkenalan) hahhha tapi act ada tandatanda tau disetengah huruf sbb lain sebutan, lain maksud... dia berbeza dengan kita 


ini dia radikal yang dhila maksudkan, setiap word tuh membawa maksud sesuatu
πŸ‘ˆ okay ini adalah radikal yang dhila maksudkan . Setiap radikal membawa sesuatu maksud. Faham tak? hahhahah mesti korang blurkan.. okay dia macam nih dhila bagi contoh awak-awak semua lihat pada column radikal, kotak yg kedua tuh... dia ada garisan horizontal(melintang) satu kemudian garisan menegak dua yang agak kecil. Jadi, itu adalah radikal rumput sebab bentuknya macam rumput ... memang betul kan? lihat betulbetul πŸ˜‚ kemudian, bila awak semua lihat tulisan cina yang ada radikal begitu / bentuk mcm tuh haa jadi ia membawa erti seakan akan rumput atau berkaitan dengan rumput..seperti bunga .kalau mahu lebih difahami, cuba awak search bunga dalam bahasa chinese nanti disitu lebih jelas apabila awak lihat sendiri perkataan tersebut dalam chinese... dan banyak lagi yang dhila belajar, ada introduction, number & family members in chinese... dapatlah juga gain experience kan ehehehe πŸ‘
& lagi satu FEP, terletak jauh dari kolej dhila.. jadi, memang dhila akan menaiki bas setiap kali ke kelas.. bas every 30 minutes akan ada... kalau terlepas rasanya macam takpa kut hahahha kejap lagi ada.. selalu every friday pagi tuh dhila akan kekelas agak lambat hehehe sebab lecturer tuh selalu start lambat, tpi toksah ikut lah perangai dhila nih hehehhe  & hm haaaa ! kawan dhila yang lain yang Kolej Aminudin Baki (KAB) everyday pergi kelass santai jaa jalan macaam pergi pasar jaa err geram sebab kolej mereka berhadapan sahaja dengan fakulti kami.. untunglahhhh (: tapi KKM lagi best hahahah tetap nak menangkaan keris mas kan... ofcourse lah ^-^ 

gambar ini diambil semasa minggu kuliah pertama berhadapan di FEP.my faculty
Masa sudah berlalu~~~~ sekarang tepat jam 2am.. omg dah lewat tapi dhila nak hbeskan juga kali ini... hehehe tangan dhila dah penat πŸ˜“but, sokay im enjoy to share story with you guysss

 ADVICE DARI SAYA WHEN ADEK-ADEK SEMUA DAH RASMI MENJADI MAHASISWA TAKKISAH DARI U MANA SEKALIPUN, JANGAN PENCILKAN DIRI AWAK TAU )) JOINLAH AKTIVII-AKTIVITI YANG KOLEJ/ U BUAT... KERANA DI ALAM U INI SAHAJA KITA BERPELUANG UNTUK MERASAI SESUATU/ URUSKAN SESUATU, TIMBA PENGALAMAN BANYAK" OKIESSS JANGAN PERNAH MALU UNTUK MENCUBA, TAPI MALU JIKA TIDAK MENCUBA.. // SERLAHKAN BAKAT ANDA SEMUAAπŸ’šπŸ’œ



Saturday, October 19, 2019

Pergerakan Bas Kiffah

ASSALAMMUALAIKUM DAN HAI EVERYONE πŸ‘‹


Baiklah, pada entri ini saya akan menceritakan mengenai pergerakan/ laluan bas kiffah didalam UKM.

LALUAN BAS DALAM UKM


Terdapat 3 ZON semuanya, iaitu ZON 2, ZON 3 DAN ZON 6.  Dalam gambar diatas, zon 6  terbahagi kepada dua dimana zon 6 dan zon 6Z. Kedua-dua ,itu hampir sama sahaja. 
Jika diperhatikan tidak semua kolej atau fakulti, setiap bas akan lalui. 
Dimana ZON 2, tidak akan lalu/ berhenti di Kolej Keris Mas (KKM). Bagi ZON 3 pula, bas ini tidak akan lalu/ berhenti di Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). Sebagai info tambahan, hanya ZON 2 & 3 sahaja yang akan bergerak didalam kampus/ kawasan UKM manakala ZON 6 akan bergerak keluar, maksud saya bas ini akan membawa kita ke luar dari kawasan UKM. Bagi mereka yang ingin keluar atau balik kampung, atau dalam erti kata lain ingin pergi ke ktm akan menaiki zon ini. 
INI ADALAH PANDANGAN DARI MAP , LOKASI UKM DAN PETA KAMPUS


Baiklah, seterusnya disini saya ingin membawa satu berita gembira kepada semua warga UKM terutamanya mahasiswa yang kerap menggunakan perkhidmatan bas UKM untuk bergerak dalam sekitar kampus ataupun luar. Ini mengenai suatu aplikasi. Saya yakin ramai antara mahasiswa yang masih belum tahu mengenai aplikasi ini. Aplikasi yang saya maksudkan ialah APLIKASI BAS KITA. Kini, semua mahasiswa boleh mengetahui jadual perjalanan bas hanya semudah dihujung jari. Kita semua patut mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga Fakulti Teknologi & Sains Maklumat kerana berjaya mencipta sebuah aplikasi yang memudahkan semua warga UKM. 
DALAM APLIKASI BASKITA, KITA DAPAT MENEMUI BEBERAPA FUNGSI YANG MENARIK.ANTARANYA IALAH MELIHAT PERGERAKAN BAS, MENGANGGAR MASA KETIBAAN BAS, MEMBERI MAKLUMAT PENTING ATAU TEMPAT MENARIK SEPANJANG LALUAN BAS DAN DAPAT MENGHITUNG JARAK PERJALANAN BAS DARI TEMPAT PENGGUNA.

Jadi, marilah kita bersama-sama muat turun aplikasi ini dan sebarkan kepada semua rakan mahasiswa anda πŸ‘πŸ˜™

Sekian daripada saya. Harap maklumat kali ini dapat memberi manfaat kepada semuaa...πŸ’




Friday, October 18, 2019

short journey from ukm to tbs



Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua πŸ™ŒπŸ™‡
Okay saya straight forward, disini saya akan menceritakan cara menaiki ktm ataupun perjalanan dari ukm ke tbs. Maklumlah, as a student we must know macam mana rentetan rentetan perjalanan yang akan kita lalui atau yang AKAN kita lalui. Yelah, kerana tidak mungkinlah kan kita hidup sepanjang masa di uni sahaja mestilah akan pulang ke kampung halaman yang di cintai πŸ’“ Ingatlah orang tua kita di kampung halaman sana jenguk mereka even kita busy mana pun tanggungjawab sebagai seorang anak jangan sekali abaikan. Tetapi  disini bukanlah maksud saya, perlu balik ke kampung itu setiap minggu, jika begitu kos pengangkutan & perjalanan juga perlu diambil kira. Jika membebankan, kita perlu bijak set up kan jadual kita. okay :) Ikut ketetapan masa kita contohnya sebulan sekali inshaallah boleh kepada mereka yang tinggal jauh dari bangi seperti Perak dan lain-lain. Yang dekat itu, sukahati koranglah hahaha order grab/ mycar pun boleh smpai, takpun lebih mudah ada yg family ambil atau mereka sendiri yang ada transport. Tapi, bagi adik-adik yang first year tidaklah kan .

Jadi, disini saya akan menceritakan secara ringkas apa yang perlu kita lakukan untuk sampai ke TBS dengan selamat...
 Macam dhila dulu, first time before masuk UKM dhila ada baca blog juga mengenai perkara ini itupun tetap tidak faham. Yelahkan, sbb kita macam tidak boleh imagine situation tuh,sebab kita belum berada dalam keadaan itu. Takut sesat ke apa nanti hahahaπŸ‘€πŸ˜† Tapi effort untuk fahamkan itu adalah..bukan takda tau hehehe πŸ˜€ cuma certain ada yang kurang faham.
Okay, perkara pertama yang kita kene lakukan ialah mengenal pasti bas apa yang kita akan naiki untuk pergi ke ktm- ukm. OKay, macam ini untuk pergi ke ktm-ukm tuh kita perlu menaiki bas dari ukm untuk kesana. Bagi pengetahuan adik-adik, atau anyone yang baca blog nih ktm-ukm itu bukan berada didalam ukm tau... ia berada diluar ukm. Jadi, untuk kesana kita perlu menaiki 2 BAS sahaja, iaitu bas ZON 6 ATAU MRT. Mesti nak tahukan kenapa, kenapa dua bas sahaja ? sedangkan dalam UKM ini sendiri mempunyai 4 jenis bas iaitu ZON2, ZON 3, ZON 6 & MRT. Hal ini kerana, hanya bas ZON 6 & MRT sahaja yang akan bergerak keluar UKM, yang lain hanya akan bergerak didalam kawasan kampus UKM ini. Sebelum terlupa, saya nak highlightkan disini , MRT ini bas bukan train. Jangan gelakkan if i gonna tell u guys pasal nih, kerana percaya tak percaya ada yang masih tidak tahu atau keliru MRT dengan KTM. KTM pula adalah train. Untung kerana, dibangi ini memang sudah ada KTM-UKM jadi lebih mudah pengurusan kita untuk bergerak ke TBS. Ha lagi satu, awak semua tahu kan TBS tuh apa? Jangan kata taktahu..... just randomly for your information full namenya, Terminal Bersepadu Selatan..
 Continue to mystory again, walaupun saya Kolej Keris Mas (kkm), jika mahu ke ktm saya tidak mengambil bas dari kolej saya. Kerana, every friday saya ada kelas until2pm. Saya dari Fakulti Ekonomi & Pengurusan (FEP), disebabkan fep bertentangan sahaja dengan Kolej Aminudin Baki (KAB), saya hanya mengambil bas dari bus stop di kab. Supaya lebih mudah tidak perlu balik semula ke kolej saya kerana akan bertambah jauh perjalanannya nanti. Tetapi, depends you guys lah nak naik bas dari bus stop mana . Asalkan, ingat kita mesti menaiki bas Zon 6 atau MRT.
ini adalah MRT (bas) yaa, bukan train ☝

 J
ika MRT, awak semua akan di charged 1rm tetapi jika Zon 6 free tetapi sekarang driver bas tuh dah tidak terima lagi cash mahu card sahaja errrr (just touch ja nnty) sebelum turun dari bas , Ada yang sejenis tidak boleh tunggu lama memang  naik MRTlah penyelesaiannya, incase sayang money naik Zon 6 sahajalah haha...πŸ’ Both boleh , yg penting kita sampai ke destination yang ingin dituju. Okay, nanti bas yang kita naik tuh akan berhenti di satu bus stop. Saya taksure bus stop itu apa nama dia tapi yang penting bas akan memang akan berhenti di bus stop tersebut jadi, jangan risau kalau tersalah bus top atau apa. Kemudian, anda semua perlu berjalan sedikit untuk ke ktm-ukm. Jangan keliru tau, bas tidak akan berhenti terus diktm-ukm , kita memang akan berjalan sedikit untuk bergerak kesana. Kemudian, sudah sampai ktm kita perlu ada kad touchngo , itu kene buatlah atau daftar online . Kalau, adek -adek tidak tahu boleh terus buat kad touchngo di kaunter di ktm itu juga...wajib buat tauuuu . Jika tidak, awak semua tidak boleh teruskan perjalanan , akan stuck di situ nanti.Bagi yang ada, hanya perlu touch sahaja kad tersebut. Selepas urusan semua itu  selesai, kita akan menaiki ktm (train) sehinggalah sampai ke stesen TBS.Haaa begitulah, perjalanannya. Dari, ktm ke TBS dalam train tersebut jangan risau if kita tertinggal stesen atau apa kerana dia akan announce setiap kali berhenti okieeesss😚



okay ini antara laluan yang awak semua akan lalui sehinggalah sampai ke ktm hehuhe
Then, setelah sampai teruskanlah perjalanan kita if nanti macam kita tidak tahu haluan , jalan sahaj ikut orang sebab semua destinasi sama hendak ke TBS. Like, after keluar ja from ktm kita akan menaiki tangga untuk sampai ke TBS then perlu touch kad lagi dan melintasi jejantas sehinggalah masuk kedalam kawasan TBS. Itulah, pengakhirannya......
Jadi, begitulah cara-cara atau rentetan perjalanan yang saya dapat share kepada anda semua.So, awak semua boleh pulang kekampung halaman dengan selamat dan tenang yeayyyy alhamdulillah πŸ‘ͺ tak sabarnya nak jumpa dengan family tercinta heheheh

ktm - ukm

Ini adalah gambaran dari atas TBS, awak semua nampakkan dimana KTM? dan juga di pedestrian bridge itulah yang akan kita lalui untuk sampai kedalam TBS


Akhir kata, saya berharap perkongsian saya kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca blog saya ini. Goodluck untuk adek adek atau anyone yang akan melalui fasa ini hehehe, tidak akan sesat jangan risau😘 
 Stay tuned !



Friday, October 11, 2019

MMM 19/ 20

ASSALAMMUALAIKUM WBT, SALAM NEGARAKU MALAYSIA DAN SALAM UKM HEBAT....

 Saya mulakan post saya kali ini dengan 4rangkap pantun,

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu persatu, 
Walaupun berlainan bangsa budaya, 
Kerana muhibah hidup bersatu. 

Demikian daripada sorotan pantun yang saya sampaikan, saya ingin menceritakan mengenai Minggu Mesra Mahasiswa intake kami ataupun secara ringkasnya dipanggil MMM 19/ 20. Anda rasa pantun saya itu mengisahkan berkaitan apa ? 
Saya ada mention mengenai 'berlainan bangsa dan bersatu'. Baiklah, hal ini kerana aktiviti sepanjang MMM ini semuanya banyak berkisahkan tentang unitenya kami, saling bekerjasama prihatin dan banyak lagi nilai murni yang dpat saya simpulkan. 
Eventhough, ada antara kami berlainan bangsa, etnik, culture, religion mahupun berlainan jantina sekalipun. Its doesnt matter when you entered kedalam program MMM iniπŸ’•

Saban tahun, UKM akan mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi memperkenalkan kepada pelajar baharu tentang UKM sebelum kami semua memulakan sesi pembelajaran di universiti ini.  Pada tahun ini, MMM ini dijalankan selama 5 hari. Pihak UKM dan kolej telah menyediakan pelbagai aktiviti program yang menarik sepanjang MMM dijalankan. Sepanjang minggu ini, terdapat juga program bersama fakulti mengikut bidang masing-masing dan program 7 domain. Setiap domain dijalankan didalam UKM sendiri dan beberapa tempat berhampiran UKM manakala domain kepimpinan dijalankan di kolej masing-masing. 

Program MMM ini actually, like orentasi tapi bukan mcm orentasi semasa disekolah dulu. Disini, tiada langsung ragging malah dimarahi juga jauh sekali. 
Oh ya, untuk maklumat lanjut, kami telah diguide atau di pantau atau di uruskan oleh abang abang dan kakak kakak pemudah cara (PC) mengikut kolej masing-masing. Pelbagai aktiviti telah diadakan. 

Antara aktiviti yang diadakan ialah sukan antara kolej. Hanya dua sahaja kolej yang melibatkan diri iaitu dua kolej terbesar di UKM. Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za'ba. Banyak permainan yang dipertandingkan termasuklah bola tampar, bola sepak, bola jaring dan banyak lagi. 



Seterusnya, bagi acara penutup MMM 19/ 20 diadakan di dewan besar Kolej Keris Mas dimana didewan itu juga semua aktiviti diadakan. Sebenarnya, untuk pengetahuan semua dewan besar tersebut adalah court badminton. Kami as student intake degree yang baru ini telah diarahkan untuk memakai baju kebangsaan masing-masing mengikut tema pada malam tersebut iaitu Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan. Hal ini kerana, program ini diadakan berdekatan dengan tarikh kemerdekaan kita, 31 Ogos. 
Dan pada malam itu, semua kelihatan sangat cantik bukan sahaja kami tetapi semua pemudah cara kamiπŸ’–πŸ’Ÿ Pada malam tersebut, pelbagai persembahan telah diadakan, antaranya menyanyi, menari membaca sajak dan berlakon. Setiap group dikehendaki menghantar dua kumpulan untuk membuat persembahan. Semua bangsa terlibat dalam penyertaan tersebut. Suka melihat mereka semua berinteraksi & bekerjasama...yang berbangsa cina ada memakai baju kurung dan sari begitu juga dengan bangsa lain. PC juga banyak membantu dalam persediaan persembahan dan ada juga yang sibuk membantu student lain yang tidak terlibat dalam persembahan untuk melakukan cheers group mereka. Baiklah, disini saya ada recordkan persembahan dari group saya (putih)😚


Sebelum itu,terlupa saya bagitau tadi dimana, awal-awal lagi beberapa hari sebelum hari penutup ini kami semua telah dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu merah, biru, putih dan kuning. Dimana semua warna ini adalah berdasarkan warna bendera Kebangsaan kita huhuhu. Saya dari group putih! Sangat meriah pada malam itu dengan ditambah lagi persembahan khas dari semua PC kami....Mereka sangat supporting & baik. 
Nice perfomance from all my PC. i cant sbb rindu sangat moment nihπŸ˜­πŸ’œ

Baiklah itu adalah rentetan rentetan semasa malam penutup Minggu Mesra Mahasiswa kami bagi Kolej Keris Mas. Semua THE BEST !😘 Oleh itu, berakhirlah minggu orentasi kami sebagai student baru diUKM ini. Akhir sekali, kami sekali lagi membuat perang antara kolej dimana ke empat-empat group tersebut berlawan cheers. Ketika moment tersebut juga, saya sudah merasakan rindu semasa suasana PERANG DECTAR. Kerana, semuanya disini bagi saya mendatangkan kenangan yang indah dan ukhwah yang sangat kuat... Pada malam tersebut, semasa kami membuat cheers dengan mengeluarkan suara lagi dengan environment yg agak crowded dan panas erm tapi bagi kami itu tidak mempunyai masalah kerana kami tetap enjoy. Yang lebih terharu, semua akak dan abng PC kami sanggup mengambil a piece of paper atau kotak untuk kipaskan kami.im touched (: seriously mereka semua sangat baik dan selalu bertanya kepada kami sama ada kami semua okay ke tak atau sakit  or anything. Ada juga yang memberikan kami air & ,macam macam lagi kebaikan yang mereka tawarkan kepada kami. Situation ini juga berlaku semasa Perang Dectar.
Last but not least, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MMM ini. especially kepada kesemua PEMUDAH CARA, Kolej Keris Mas πŸ™πŸ™†








starting sendu time (;

SAMBUNGAN DARI SEBELUM INI sebelum saya memulakan bicara, izinkan saya membuka kata...dengan lafaz Assalammualaikum WBT  dan selamat malam...